Sakit 0.4
Assalamualaikum dan Hi.
Bertemu lagi di blogku yang sendu ni. Hahaha.
Harini hari ke enam aku berpantang. Jujur aku cakap.. Aku lupa lima ke enam . Sebab semalam aku lupa tulis.
Tapi nak tulis Hooray! Alhamdulillah aku berjaya jugak pantang.
Harini aku keluar dengan mak aku. Hari cuti, dan harini jugak aku rasa sakit.
Aku tak tau mana salah tapi aku fikir masa naik kereta tadi. Pening-pening bawak sampai malam. Dah malam sesak nafas mula fikir bukan-bukan.
Sebenarnya nak tulis makanan yang dimakan semasa pantang tapi Masya Allah malas dia tu tak bawa bincang.
Okay la.. Sakit-sakit pun aku tulis la untuk orang yang baca blog aku ni.. Kalau ada la.
Makanan yang dimakan semasa pantang.
1- Nasi.
Nasi memang makanan ruji orang Asia la. Tak ada nasi tak lengkap hidup gitu. Okay ikut group yang aku ikut. 2 minggu pertama cuba makan bubur sahaja dulu. Rehatkan perut. Puas dah kau makan, sumbat macam-macam. Bagi dia rehat sekarang.
Bubur sahaja tak cukup la nutrien bukan?
Haa jadi korang kena tambah ayam dan sayur dekat dalam. Cincang ayam tu letak dalam bubur.
Bubur jangan pulak macam bubur mcD.. Tak boleh. Kena kosong ye.
Beras, garam, air, ayam dan sayur. Itu sahaja resepi dia. Tak sedap?
Tak apa tahan dulu.. Telan fikir nak sembuh. Aku mula-mula pun tak boleh masuk. Siap tambah keropok ikan, sambal ikan bilis. Kemain. Ni sakit padan muka.
2 minggu makan atau sampai perut korang dah selesa tak sakit. Nak teruskan pun boleh.
Makan 2 jam sekali. Susahkan? Aku kadang sebelum kerja makan. Maksud, setengah jam sebelum kerja tu makan.
Lepas tu korang boleh la beli kismis atau kurma untuk tambahan. Kurma ajwa bagus. Tahan sikit la tak lapar.
Maksimum kurma 7 biji je tau. Selebih korang boleh beli almond.
Ala.. Almond mentah orang buat almond london tu. Dekat bakeri murah. Beli situ. Mydin pun ada aku tengok. Badam mentah ye. Jangan yang dah siap bakar salut macam-macam tu.
Balik rumah korang bakar sendiri. Tak ada oven korang sangai atas kuali. Jangan sampai hangus pulak.
Korang kunyah dua biji setiap kali rasa sesuatu dekat tekak. Kunyah lumat-lumat baru telan.
Buah pulak dorang tak bagi banyak. Buah pear hijau, epal, blueberry dan strawberry. Tu paling selamat la. Haritu aku balun buah pisang kaki, tembikai susu kuning dengan buah naga. Sedap. Sedap sangat badan lepas tu. Hehe.
Madu dan lemon sebagai tambahan. Dulu masa sakit-sakit ulu hati, aku minum air lemon letak madu.
Lemon satu potong rendam air panas, tunggu suam letak madu kalau nak. Kacau dan minum masa suam panas.
Madu manuka ye. Ambil raw punya. Dekat guardian ada dalam RM 90 lebih kurang .
Okay itu je. Lepas 2 minggu masih kena pantang ye. Cuma tukar bubur ke nasi. Lauk sup ayam ,sup sayur. Jangan letak bawang. Cuma ayam sayur air garam. Rasa apa? Aku tak boleh terangkan.
Cuma telan jelah. Kau dah sakit. Nak sihat tahan. Sayur aku makan pak choy, carrot. Kailan boleh tapi aku tak suka.
Nak selamat 3 tu je korang makan. Masa permulaan susah la nak biasa dengan rasa kosong. Yelah dah sedap makan sup ayam yang ada pelbagai tu tomyamlah ,rendanglah. Sekarang tahan dulu.
Jom sama-sama sihat.
Penting tidur awal dan jangan stress. Waktu makan kena jaga. Baru cepat sihat.
3 benda ni susah aku nak betulkan. Okay korang,
Assalamualaikum dan bai-bai.
Comments
Post a Comment