Sakit 0.3

Assalamualaikum dan Hi. 

Semalam hari ketiga aku berpantang dan Alhamdulillah aku berjaya. 

Cuma semalam ada tak selesa sikit tapi aku cuba positif tak nak fikir bukan-bukan. 

Sakit itu ujian dan penghapus dosa. Allah nak kita ingat dekat dia balik. 

Itu apa yang mak ayah aku cakap masa aku sakit. Syukur Allah beri sakit untuk ingat dia. 

Kalau kita sihat, kita jadi lalai. Sejujurnya susah untuk aku terima kenapa aku sakit. Kadang sedang duduk termenung ,aku tanya pada diri aku. Kenapa aku sakit? Sebelum ni sihat je. Demam pun susah. 

Tapi bila teringat kata-kata mak ayah aku.. Aku redha dan yakin. Allah tidak akan beri ujian yang hamba-Nya tidak mampu. 

Usaha dan kuatkan semangat. Positif. 

Apapun masalah yang menimpa, cuba redha dan positif. Susah bukan? Aku jenis yang suka mempertikai kenapa masalah ini berlaku.. Kenapa benda ini berlaku. Dan takut dengan apa yang akan pasti berlaku. 

Semua makhluk Allah akan mati. Mati itu pasti. Sedang kita sibuk dalam urusan dunia, kita lupa akan urusan akhirat. 

Aku bukanlah orang alim. Terkadang bila aku keseorangan, aku berasa sedih. Terdetik dalam hati.

"Allah ada. Kau tidak keseorangan. "

Disaat aku merasa jatuh dalam duniaku.. Aku cuba tanamkan dalam diri.. "Allah ada bersama kau. "

Aku tak nak diagnosis diri aku ada penyakit anxiety. Walaupun tanda-tanda itu ada. Mental kena kuat tapi bila ia datang.. 

Seakan kau didalam dunia yang tidak ada jalan keluar. 

Aku tidak suka keseorangan dan aku juga tidak suka bila terlalu ramai sangat orang.

Tapi aku kena hadap kerana itu kerja aku. Suasana bising sangat menganggu aku. Tapi aku tidak boleh lari. Aku harus teruskan kerjaku. Nasib aku mempunyai rakan sekerja yang sangat memahami kerana dia juga pernah mengalami apa yang aku rasa. 

Dan aku juga bersyukur keluargaku juga sangat memahami. Tapi yelah bila aku sudah tidak boleh makan apa yang mereka makan, macam pelik sedikit . Tapi bila lihat betapa seksanya aku menahan sakit mereka cuba ikut dan tidak memaksa aku makan. 

Jangan kata keluarga dan kawan-kawan sedangkan diri aku pun susah nak menyesuaikan diri dengan keadaan aku. 

Tiada sakit, tiada alahan ,boleh makan semua makanan tiba-tiba Allah tarik nikmat tu. 

Tak dapat terima dan sejujurnya aku jadi sedih. Dalam group yang yang join ada kata. Emosi memainkan peranan untuk sembuh. 

Jangan stress, sedih, tidur cukup 6-8 jam, minum air masak, makan sayur dan ikut panduan yang diberi.. InsyaAllah akan sembuh. 

Sabar. Kuncinya sabar. 

Sabar itukan separuh dari iman. 

Aku harap sesiapa yang baca blog aku ni diberi kesembuhan dan kekuatan. Jom sama-sama positif. 

Macam adik Puteri Balqis pernah kata. Ujian itu indah. Senyum selalu. 

Assalamualaikum dan bai-bai. 

Comments