EH EH sakit.
Assalamualaikum dan hi ,
Aku dah 2 bulan tak sihat semenjak ganti puasa bulan 11 2019 .
Salah aku juga sebab semasa buka puasa aku minum kopi 2 kali dan masa sahur aku bangun lambat jadi aku makan cepat-cepat .
Makanan tak hadam aku dah tidur. Jangan buat macam aku. Bangun nak solat subuh dah rasa lemah je badan.
Dan hari itu bermulalah sakit yang aku tak sangka akan buat aku sakit sampai sekarang.
Permulaan aku fikir aku ada gastrik. Dah ikut masa makan pun ulu hati aku masih sakit. Sesak nafas. Badan rasa lemah . Masa tu fikir kenapa aku macam ni.
Makin hari makin teruk sampaikan aku naik tangga pun tak cukup nafas walaupun dulu aku hari-hari naik .
Nak tidur risau sebab tak boleh nafas,menggigil badan .
Dan tiba satu hari malam tu aku nak tidur,tiba-tiba tersedar aku mencungap cari nafas.
Aku cuba makan,tak jalan,minum susu,tak jalan, makan gaviscon ,tak jalan juga.
Dah pukul 12 malam aku suruh adik aku kejut mak aku,urut badan,tak jalan.
Akhirnya mak aku suruh pergi klinik ambil oksigen. Masa tu dia takut aku asma.
Pergi la klinik dengan ayah aku merempit . Tapi dorang tolak sebab aku tak ada sakit asma. Fuh...Menangis aku masa tu. Dah sakit menggigil satu badan dengan tak boleh nafas .
Pergilah hospital besar..Merempit gak. Ayah aku dah kata tak ada apa. Sabar jap.
Sampai emergency cakap aku tak boleh nafas dorang transfer pergi asma punya bahagian..
Nurse lelaki tu bagilah aku oksigen walaupun dia cek tekanan darah,oksigen aku semua okay masa tu..
Sepanjang ambik oksigen tu , makin teruk..Aku tak boleh ambil nafas langsung. Dah menggigil teruk ,mata berpinar.
Dah pukul 1 pagi aku masih tak elok. Oksigen dah habis jadi nurse suruh aku tenang dan ambil nafas perlahan-lahan.
Aku ni cengeng orangnya. Kalau korang tak tau apa tu cengeng..Cengeng tu kuat nangis.
Nangis la aku sebab aku tak boleh nafas. Nurse yang jaga tengok je aku.Muka tak ada ekpresi langsung.
Cek tekanan darah kali kedua aku okay. Cuma tak boleh nafas. Masa tu semua yang ambil oksigen sebelum aku dah balik.Yang datang pun sekejap je dah balik.Aku kena stay lagi.
Masa tu aku dah tak rasa badan aku.Mengigil tak terkawal..Ayah aku urut tangan aku pun aku tak rasa. Mata dah kabur .Masa tu fikir mati je.
Sampai la dah pukul 2 lebih ,diorang cek balik tekanan darah aku.
Jatuh ..Jatuh mendadak.Tangan aku cramp tak bergerak. Dah tukar warna unggu.
Nurse tu macam pelik sebab tadi cek okay.
Doktor datang kata aku kena panik attack. Tanya ayah aku aku ada sakit apa-apa tak, aku ada stress ke,tak cukup tidur ke..Macam-macam lah..
Lepastu ada nurse lelaki datang ajar aku . Tenang je dia cakap.
"Tarik nafas 10 saat masa lepas pun 10 saat."
"Jangan fikir awak tak boleh nafas.Lawan dan bertenang."
Aku pun cuba ..Susah tapi aku cuba..Dia bagi aku selimut suruh aku tidur kalau boleh.
Dia tanya aku kerja mana,buat apa semua macam tak nak bagi aku fikir aku sakit. Aku cukup hormat dengan nurse lelaki tu.Muka senyum walaupun aku tahu diorang mesti penat.
Tak sampai setengah jam aku dah rasa okay sikit.Aku balik sebab kesian ayah aku esok dia kerja tapi kena tunggu aku..
Dalam pukul 3 lebih sampai rumah ,mak aku pun tak tidur.
Terasa macam aku ni beban untuk diorang.
Aku pun carik la apa sakit aku..Masuk group GERD. Ada bagi cara pantang makan.
Aku cuba.Beli madu hanuka dan lemon.
Dua tu aku makan Alhamdullillah aku makin okay.
Lemon tu rendam je air panas tunggu suam panas minum.Madu tu boleh letak sekali dalam lemon atau kau kemam sampai habis. Tapi manis tak bawa bincang.
Kau tunggu 30 minit baru makan nasi ke bubur.
Sebenarnya kena pantang makan..Aku ni agak degil ..Ikut sedap mulut ,Sakit la sampai sekarang.
Aku tak buat cek up lagi..Jadi aku tak nak fikir aku sakit bukan-bukan. Cukup duit aku nak pergi swasta buat.
Jadi pengajaran dekat sini,lepas makan jangan tidur terus.
Okay bai-bai..
Assalamualaikum.
Comments
Post a Comment